Posts

Kerusi Kita Ramai Boleh Duduk, Tapi Hidup Kita Siapa Nak Ganti?

Image
Asslamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Rasanya sekarang ni pengurusan masa saya agak teruk dalam memastikan sekurang-kurangnya 1 bulan 1 perkongsian. Ada idea tp x sempat menulis. Ada masa, tak ada idea pulak. Kesan umur semakin meningkat barangkali. Terdetik satu pengalaman yang saya lama nak kongsikan. Disokong pula dengan pertemuan dengan sahabat lama juga menjadikan kerjaya dan karier sebagai topik perbualan panjang. Terkesan, insaf dan tersedar. Kerja biar bersungguh, tapi jangan sampai lupa untuk siapa kita bekerja. Ada seorang kawan saya ni. Kalau bab kerja, memang saya tabik spring la dengan dia. Bukan jenis kerja sekadar nak cukup syarat. Bukan juga jenis yang sibuk nak tunjuk muka depan bos. Kalau dia buat sesuatu kerja tu, memang dia buat bersungguh-sungguh. Kadang-kadang sampai lupa masa, lupa makan, lupa nak berehat. Bagi dia, kerja bukan semata-mata nak dapat nama, pangkat atau pujian. Tapi lebih kepada kepuasan diri. Bila sesuatu kerja tu berjaya disiapkan dengan ...

3 Mei 1969 – Sejarah Yang Jangan Kita Lupa

Image
Assalamualaikum salam pemirsa... Berjumpa lagi setelah sekian lama berehat. Ntah mcmana dalam satu hari tu terdengar pasal 13 Mei... seingatnya sebelm ni saya ada baca tulisan Tun M pasal 13 Mei ni... Dari situ, saya cuba mencari buku lain berkaitan 13 Mei ni... Jumpa la buku berjudul "13 Mei - Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 9 Oktober 1969. Laporan yang terpahat dalam sejarah negara. Dalam buku ni adalah dinyatakan sebab, peristiwa dan kesan... Terkesan juga la dalam hati ini. Hari ini saya cuba kongsikan pemahaman yang didapati dari buku ini. Ringkasan bacaan..... Kalau sebut 13 Mei 1969, ramai orang tahu ia adalah satu peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Tapi ramai juga yang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ada yang dengar daripada cerita orang lama, ada yang baca di media sosial, dan ada juga yang terus buat andaian sendiri. Sebab itu saya ambil peluang membaca Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Buku ini bukan cerita rekaan atau novel. Ia merupakan lapo...

Part 1: Tour Semenanjung 2.0

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.  Posting pertama tahun 2026. Kita mulakan dengan cerita yang dekat di hati,  perjalanan bersama keluarga.  Kali ni kami buat Tour Semenanjung 2.0 .  Bunyi macam gempak kan?  Padahal… tak adalah hebat mana pun... hahahaha...  Sekadar isi masa cuti sekolah anak-anak, dan paling penting,  rehatkan otak dan badan selepas setahun bekerja tanpa henti.   Ada yang minta buat versi video.  Boleh je… tapi menulis lebih dekat dengan jiwa saya.  Video kena fokus, kena edit, kena luang masa.  Menulis ni… biar jujur, biar mengalir.  Insya-Allah video akan menyusul juga, kalau sempat 😅...  Apa yang saya kongsikan ni cuma pengalaman dan sedikit tips , s ekadar panduan untuk yang mungkin nak buat benda sama.  Tak perlu debat “patut buat itu, patut buat ini”.  Maaf awal-awal… cerita ini adalah yg kami rasa dan lalui.... Asal cerita nak hantar yg ni jek Tips 1: Jangan ranca...

Anxiety? Korang ke tu

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Lama tak menulis, rasa gian pulak... hahaha Kebimbangan atau  anxiety  adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Rasa risau sebelum peperiksaan, temuduga kerja, atau keputusan penting adalah reaksi normal tubuh terhadap tekanan. Namun, apabila rasa itu datang tanpa sebab jelas, terlalu kerap atau menjejaskan kehidupan seharian, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius. Jadi anxiety tu apa sebenarnya. Sebagai seorang yang bukan pakar psikologi saya cuba cari bahan melalui bacaan nak ada. Apa Itu Anxiety? Secara ringkas, anxiety ialah perasaan takut, gelisah, atau tidak tenang yang berlebihan. Ia seolah-olah minda kita sentiasa menjangka perkara buruk akan berlaku atau sentiasa berfikiran negatif, walaupun kadangkala tiada apa-apa pun. Perasaan ini berbeza dengan “stress” biasa kerana anxiety lebih berpanjangan, sukar dikawal dan boleh menjejaskan kualiti hidup. Ciri-Ciri Anxiety Bagaimana nak tahu kala...

Berusia... Kawan, Kerja atau Keluarga?

Image
Satu masa dahulu, saya fikir saya boleh ada semuanya. Bangun awal pagi untuk ke tempat kerja, balik malam masih boleh keluar minum dengan kawan, dan hujung minggu pula penuh aktiviti dengan keluarga. Hidup rasa penuh, kadang-kadang penat, tapi puas. Tapi itu cerita dulu. Cerita waktu umur belum banyak angka, waktu tenaga rasa macam tak pernah habis. Sekarang, saya sedar… usia ini mengajar saya satu persatu tentang memilih. Bukan kerana kita cerewet, tapi kerana kita mula sedar – masa itu tak banyak mana. Kita tak boleh beri semuanya kepada semua orang. Dan kalau kita cuba juga, akhirnya kita yang kosong. Tentang kerja… Saya masih suka bekerja. Saya mungkin antara yang pelik – tak rasa Monday blues, tak rasa nak cepat pencen. Saya suka rasa produktif, rasa berguna. Bila tengok hasil kerja dihargai, bila dapat bantu orang melalui kerja saya, hati jadi lapang. Bekerja tu seakan satu bentuk ibadah – selagi niat betul dan cara betul. Tapi bezanya sekarang, saya bekerja bukan untuk ‘menan...

Untung Ungkapan Syukur dalam Budaya Melayu

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman. Berjumpa lagi kita pada cerita hari ini. Sekali lagi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Ada kalanya bercerita pasal diri sendiri so tiada kaitan dengan orang lain atau pembaca semua. Dalam kehidupan seharian kita, perkataan “untung” bukanlah sesuatu yang asing. Sama ada di kampung atau di bandar, di warung kopi atau dalam kumpulan WhatsApp, ungkapan ini selalu muncul. “Untung la dia kahwin dengan orang kaya.” “Untung budak tu dapat biasiswa.” “Untung badan.” Tapi kalau kita selami, sebenarnya "untung" bukan sekadar pujian biasa. Ia menggambarkan satu nilai yang sangat halus dalam budaya Melayu — rasa syukur , walaupun rezeki itu bukan milik kita. Dalam budaya kita, menyebut "untung" selalunya hadir dengan rasa kagum dan redha. Ia seperti satu bentuk pengiktirafan terhadap nasib baik atau rezeki yang seseorang itu terima. Tapi di sebalik itu, ada sesuatu yang lebih besar: ungkapan “untung” sebenarnya mencerminkan ...

Engkau: Guna, Berguna, Mengguna, Diperguna, Tak Guna?

Image
Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman.  Dalam helaian kehidupan, kita meniti jalan yang tidak selalu terang. Ada waktu kita merasa berguna, ada waktu kita sekadar diperguna ada ketika kita mengguna. Dan ada masa di sudut hati yang paling sunyi, terbit persoalan—adakah aku ini tak guna? Lonely Tree, Pulau Mawar Mersing Setiap hari, tugas menanti. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Kita bekerja, kita memberi, kita berusaha mencipta sesuatu yang bermakna. Tapi di hujungnya, tiada yang luar biasa. Apa yang kita miliki sama seperti orang lain. Tiada lebih, tiada kurang. Tidak menonjol, tidak terpandang. Mungkin pengalaman dan buah fikiran yang membezakan. Lalu kita lihat sekeliling—ada yang hidupnya bersinar, berlimpah dengan kelebihan. Dihormati, dipuja, dihargai. Mereka tidak perlu mengorbankan diri sebanyak kita, tetapi dunia tetap memberi kepada mereka dengan tangan terbuka. Sedangkan kita? Menjadi sokongan, menjadi pelengkap, menjadi yang di belakang tabir. Bekerja tanpa...

Pengembara Aksara dan Visual: Kisah Blogger dan Vlogger

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Bahasa Jiwa Bangsa.  Dalam dunia digital yang serba canggih ini, kita seringkali terperangkap dalam lautan informasi yang tiada bertepi. Di tengah-tengah gelombang teknologi yang mendominasi kehidupan kita, terdapat individu-individu yang mengambil langkah berani untuk menjadi pelayar dan penunjuk arah, menyampaikan ilmu dan inspirasi melalui medium maya. Mereka adalah blogger dan vlogger, pencerita zaman moden yang mengukir kata-kata dan gambar-gambar yang penuh makna Dalam lautan maya yang tiada bertepi, terdapat individu yang berdiri sebagai pelayar gagah, dikenali sebagai blogger. Dia adalah penulis moden yang menjadikan kata-kata sebagai senjata untuk menakluk hati dan fikiran. Di setiap langkah, dia merakamkan cerita kehidupannya, idea-idea yang mencetuskan pemikiran, dan aspirasi yang menggunung tinggi. Seperti pelukis yang mencipta dunia baru di atas kanvas putih, blogger melakar dunia dalam bentuk aksara, penuh warna dan makna...

Mersing: Route to Insto. Part 1

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Permulaan langkah yang panjang bagi Mersing dan INSTO.. Insto? Apa benda tu... Sebelum cerita panjang, catatan ini merupakan rekod perjalanan bagi mencapai / menjadikan Mersing salah 1 daripada destinasi di dunia yang serius dalam meneraju pelancongan mampan. Sebelum bercerita berkaitan Mersing dan INSTO. Mari kita study apa sebenarnya INSTO ni dan kenapa Mersing dipilih.... ceritanya mcm ni.... INSTO dan Mersing ini boleh dilihat dari 2 sudut... beban atau kebanggaan... Tapi bagi kami ianya satu kebanggaan... Beban? Memang ada tapi kena ada perancangan yang teliti... Orang tuan ada bgtau, berat sama dipikul ringan sama dijinjing... Kaedah, planning dan beban kita kongsi masa lain... Apa itu INSTO? INSTO ringkasan daripada  International Network of Sustainable Tourism Observatories. Ianya merupakan satu program daripada UN Tourism (dahulunya dikenali - UNWTO) untuk mengukur dan memantau tahap kemapanan suatu kawasan melalui an...

Pusing dan pening

Image
Kata orang lama Hidup bagai roda, kadang di atas kadang dibawah Tak ramai pernah merasa bila roda bergolek sampai bawah Rasa berat, hina, runsing, pening Bermacam rasa dan perasa Disaat ini hanya sahabat yang ada Bukan kawan dan kawanan Roda yang berpusing  Bila diatas semua memerhati Meminta perhatian Diberi perhatian Ada yang mendongak langit Tanpa sedar Hanyut atas putaran atas roda Dulu marhaen dan murba Kini lupa semua itu Lumrah roda berpusing Salahkan siapa? Itu kisah roda yang terus dan sentiasa bergolek. Bila ditanya adakah engkau pening berpusing? Jawapan aku, tidak...

Bercakap dari hati...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman... Sementara tunggu mesin basuh baju ni berhenti. terfikir pulak berkongsi pengalaman melihat orang bercakap dari hati. Sebelum ni kita biasa mendengar pelakon menghayati watak, penyanyi menghayati lagu tapi kita jarang melihat penceramah menghayati tutur katanya. Saya suka belajar dari mendengar pengalaman orang lain. Pengalaman yang sememangnya tiada dalam mana-mana buku rujukan.  Saya bukan orang psikologi tapi saya dapat membezakan antara penceramah yang bercakap tulus dari hati dan penceramah yang berkongsi hanya melalui pengalaman, ilmu dan idea. ada bezanya... dua-dua ni bagus... xde pertikaian dari sudut tersebut... cumanya kita nak fokuskan kepada penceramah yang bercakap dari hati... macam mana bezanya? Kalau saya, saya boleh dilihat dari slide presentationnya, juga dari gaya, tubuh, cara berdiri, lenggok bahasa dll... Itu saya la... org lain xtau tgh macam mana... Orang yang bercakap dari hati, Kita dapat rasakan seseorang ...

Engkau ke tu.....

Image
 Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman... berjumpa lagi pada share kali ini. Kali ini ringkas dan pendek. Cerita pasal kita dan kerjaya. Bukan motivasi tapi nak melihat adakah kerjaya kita membentuk personaliti sendiri..  Daripada pengalaman hidup ini, memang kerjaya membentuk personaliti... Tidak ramai yang mengekalkan personaliti asal, kebanyakkannya berubah 360 darjah celcius... Kalau dia kerja mcm ni dia berubah jadi mcm tu... kalau kerja mcm tu dia berubah mcm ni... Dulu aku engkau tapi sekarang YOU n I... Dulu boleh makan tepi jalan tapi sekarang kena makan kedai beraircond... Kelakar sebab aku ni kawan lama ko, yang kenal ko mcm ne dulu... Tak kesah pun tapi itu la tu... Korg mcm ne? yang lebih baik ok jek... Kesimpulannya kerjaya akan membentuk personaliti. Titik Bye