Part 1: Tour Semenanjung 2.0
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.
Posting pertama tahun 2026. Kita mulakan dengan cerita yang dekat di hati, perjalanan bersama keluarga. Kali ni kami buat Tour Semenanjung 2.0. Bunyi macam gempak kan? Padahal… tak adalah hebat mana pun... hahahaha... Sekadar isi masa cuti sekolah anak-anak, dan paling penting, rehatkan otak dan badan selepas setahun bekerja tanpa henti. Ada yang minta buat versi video. Boleh je… tapi menulis lebih dekat dengan jiwa saya. Video kena fokus, kena edit, kena luang masa. Menulis ni… biar jujur, biar mengalir. Insya-Allah video akan menyusul juga, kalau sempat 😅... Apa yang saya kongsikan ni cuma pengalaman dan sedikit tips, sekadar panduan untuk yang mungkin nak buat benda sama. Tak perlu debat “patut buat itu, patut buat ini”. Maaf awal-awal… cerita ini adalah yg kami rasa dan lalui....
| Asal cerita nak hantar yg ni jek |
Tips 1: Jangan rancang terlalu detail.
Kerja “gila” macam ni kami pernah buat tahun 2022. Bezanya dulu dari barat ke timur. Kali ni dari timur ke barat, pusing balik ke timur semula. Trip dari 2–10 Januari 2026, merentas hampir semua negeri kecuali Perlis dan negeri selatan (Johor, Melaka, N9). Hampir 700km, check-in 6 tempat, lalu entah berapa banyak daerah.
Hakikatnya, rancangan asal sangat simple, nak hantar anak main bola di Kuala Terengganu je. Plan asal: 2hb pergi, 4hb balik. Konon-konon la tu… Tapi bila tengok cuti sekolah masih panjang, kami pun buat keputusan spontan, ambil cuti seminggu dan jalan.Ke mana? Tak tahu.
Yang kami tahu cuma tiga benda:
-
Hantar anak main bola
-
Tour semenanjung
-
Cuti seminggu
Itu saja. Selebihnya… kita serah pada jalan.
Tips 2: Keselamatan kenderaan dan kesihatan poket
Yang ni jangan main-main. Sebelum jalan jauh:
-
Servis kereta ✔️
-
Tayar botak atau licin? Tukar ✔️
Bajet sangat penting. Kalau tak, silap-silap malam tidur dalam kereta, pagi makan megi tepi sungai...
Untuk trip ni:
-
Isi minyak 4 kali sahaja
-
Tak guna highway
Kami pula bukan jenis food hunter.... Tidur pun tak cerewet.... Homestay rumah cina pun on... hahaha... Asal selesa, selamat kira on... Itu banyak membantu jaga bajet.
Tops 3: Kurangkan bagitau kawan-kawan yg korg stay tempat diaorg
Bukan sombong. Bukan riak. Bukan tak nak jumpa orang.
Cuma kali ni kami nak gunakan masa sepenuhnya untuk keluarga.
Biasanya kami akan maklum lepas bergerak keluar dari sesuatu tempat. Sekadar beritahu:
“Tempat ni cantik.”
“Bersih.”
“Tenang.”
Kami juga nak jaga perasaan orang lain. Kalau singgah minum luar—ganggu masa mereka. Kalau ke rumah—takut mereka tak selesa sebab short notice.
Bukan apa… kami nak rehat. Dan paling penting, tak nak menyusahkan sesiapa. Ada juga la saya bagi tau kawan-kawan saya dah ada tempat mereka, ada gak call tanya lokasi menarik, tempat tinggal yg sesuai dll.... Sempat juga la kawan-kawan menyantuni kami dengan bawak durian... Durian Raub memang best
Alhamdulillah, kawan-kawan faham 🤍
Tips 4: Jelajah la semampu mungkin
Trip kami ni kami gelar “Trip Koboi” ... setiap malam baru bincang utk esok:
-
Esok nak ke mana
-
Ikut jalan mana
-
Nak tidur kat mana
Soal tempat tinggal biasanya mula bincang n fikir mula jam 4 atau 5 petang. Jam 6 atau 7 malam, mesti dah dapat tempat atau dah tau nak tdo mana... Yang cari dan bayar? Co-pilot la... hahahah
Dalam sehari tu, banyak tempat kami lalu.Tak semua turun berjalan.
Kadang lalu depan je. Nampak pasar lambak—singgah.
Pasar lambak Ayer Lanas kalau x silap tu memang padu... kecik jek tapi murah: Makanan murah, rezeki orang kampung
Orang tanya: “Kenapa tak pergi tempat tu? Kenapa tak singgah sini?”
Jawapan kami simple: Penat.
Tops 5: Jaga emosi
Ini paling penting. Kami pesan pada diri sendiri dan anak-anak: “Kita keluar berjalan, bukan keluar cari masalah.”... Budak-budak ni biasalah… macam-macam perangai.... Kalau nak ikutkan, boleh penat dua kali.
Jadi kami belajar lepaskan... Biarkan berlalu.... Senyum. Ketawa... Mood kelaut, perjalanan pun jadi tak best.
Tips 6: Perancangan Esok Kami Susun Hari ini
Trip ni memang tak ada hala tuju tetap. Tapi perjalanan mesti dikawal... Setiap malam lepas check-in dan makan malam,.. kami susun perjalanan esok.
Contohnya:
Malam ke-3 kami bermalam di Jeli, Kelantan... Plan asal utk esok:
-
Potong Gerik
-
Singgah RnR Titiwangsa
-
Pusing bandar Gerik
-
Baling
-
Tidur Alor Setar
Itu perancangan.
Realitinya?
-
Singgah Jambatan Guillemard
-
Naik Gunung Reng, cari kisah Puteri Saadong
-
Pusing Gerik
-
Masa tak mengizinkan
-
Alor Setar terpaksa skip
-
Akhirnya touch down di Sungai Petani
Sepanjang jalan tu… entah berapa banyak tempat kami lalu... Begitulah perancangan bila bercampur dengan realiti.... Sepanjang perjalanan bila tgk rumah-rumah kg mcm nak buat juga la... cantik n unik...
Sepanjang perjalnan ni byk belajar pasal tempat org... Lebih kepada design n landskap... Memandangkan kami ni kerja PBT... Byk juga la lau depan pejabat PBT lain... MP Dungun, MD Marang, MB Kuala Terengganu, MD Jeli, MD Setiu, MD Gerik, MP Sungai Petani, MPPP, MP Teluk Intan, MD Kampar, MP Hulu Selangor, MD Raub, MP Temerloh, MD Bera, MB Ipoh dll... Semua cantik2... tp yg paling saya suka suasananya adalah MP Hulu Selangor... Persekitaran yang tenang dan nyaman... Bagi saya la... (ada keje kosong x kat sana) hahaha..
Ok cukup dulu part 1... kot rajin nnt share part 2 plak yang berceritakan pengalaman di sepanjang perjalanan dan sebahagian tempat yang lalui, dilawati dan singgah.
chau.. tata
Comments
Post a Comment