Anxiety? Korang ke tu
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Lama tak menulis, rasa gian pulak... hahaha
Kebimbangan atau anxiety adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Rasa risau sebelum peperiksaan, temuduga kerja, atau keputusan penting adalah reaksi normal tubuh terhadap tekanan. Namun, apabila rasa itu datang tanpa sebab jelas, terlalu kerap atau menjejaskan kehidupan seharian, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius. Jadi anxiety tu apa sebenarnya.
Sebagai seorang yang bukan pakar psikologi saya cuba cari bahan melalui bacaan nak ada.
Apa Itu Anxiety?
Secara ringkas, anxiety ialah perasaan takut, gelisah, atau tidak tenang yang berlebihan. Ia seolah-olah minda kita sentiasa menjangka perkara buruk akan berlaku atau sentiasa berfikiran negatif, walaupun kadangkala tiada apa-apa pun.
Perasaan ini berbeza dengan “stress” biasa kerana anxiety lebih berpanjangan, sukar dikawal dan boleh menjejaskan kualiti hidup.
Ciri-Ciri Anxiety
Bagaimana nak tahu kalau anda atau seseorang mengalami anxiety? Antara tanda-tandanya:
1. Emosi & Fikiran
-
Risau melampau tanpa sebab kukuh
-
Fikiran asyik pusing perkara sama (overthinking)
-
Sukar bertenang walaupun situasi sudah selesai.
Emosi tidak stabil. Bila-bila masa boleh bertukar emosi. Marah, sedih, geram cepat bersilih ganti.
-
Hilang fokus dalam kerja atau belajar
2. Fizikal
-
Jantung berdebar kencang
-
Nafas pendek atau rasa susah bernafas
-
Berpeluh tanpa sebab jelas
-
Perut tak selesa, sakit kepala, atau loya
-
Badan cepat penat walaupun tidak banyak aktiviti
Punca Anxiety
Tidak ada satu punca tunggal, tetapi beberapa faktor berikut boleh menyumbang:
-
Tekanan hidup – masalah kewangan, kerja, hubungan peribadi, majikan
-
Pengalaman trauma – contohnya kemalangan atau kehilangan orang tersayang
-
Genetik – ada sejarah keluarga dengan gangguan kebimbangan atau kemurungan
-
Gaya hidup – kurang tidur, pengambilan kafein berlebihan, atau tabiat tidak sihat
-
Kimia otak – ketidakseimbangan bahan kimia yang mengawal emosi
Kesan Anxiety Jika Tidak Dikawal
Kebimbangan yang tidak ditangani boleh membawa kesan jangka panjang:
-
Kesihatan mental: kemurungan, serangan panik, hilang keyakinan diri
-
Kesihatan fizikal: tekanan darah tinggi, masalah tidur, gangguan sistem imun
-
Hubungan sosial: menarik diri daripada keluarga atau rakan
-
Kerjaya/pelajaran: prestasi merosot, hilang fokus, atau ponteng kerja/sekolah
Cara Menangani Anxiety
Berita baiknya, anxiety boleh diuruskan. Berikut beberapa langkah yang boleh membantu:
1. Urus Diri & Relaksasi
-
Amalkan teknik pernafasan dalam (deep breathing)
-
Cuba meditasi, yoga, atau zikir untuk menenangkan hati
-
Catat perasaan dalam jurnal sebagai cara meluahkan
2. Jaga Gaya Hidup
-
Tidur cukup dan berkualiti
-
Kurangkan kafein, rokok dan alkohol
-
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
3. Dapatkan Sokongan
-
Berkongsi dengan rakan atau keluarga yang dipercayai
-
Jangan takut untuk berjumpa kaunselor atau psikologis
-
Jika perlu, dapatkan rawatan ubat dari doktor pakar
Cara Mencegah Anxiety Daripada Menjadi Serius
-
Urus masa dengan baik, jangan tunggu kerja bertimbun baru mula
-
Hadkan penggunaan media sosial untuk elak tekanan perbandingan
-
Sentiasa seimbangkan kerja dan rehat
-
Belajar menerima bahawa tidak semua perkara boleh kita kawal
Kesimpulan
Jika anda atau orang terdekat merasakan anxiety sudah mengganggu kehidupan seharian, jangan malu atau takut untuk mendapatkan bantuan profesional. Ingat, menjaga kesihatan mental sama pentingnya dengan menjaga kesihatan fizikal.
Korg semua ada anxiety ke? Mana yang terasa anxiety tu, anggap jek semua org x berguna. Ko sorg jek yang paling terfunction buang negative thinker. Ramai pernah merasainya tanpa sedar, tp sampai bila nak tanggung semua ni... so kita balik kepada kehidupan normal... Igtlah, time berguna memang kita digunakan sehabisnya, bila ko sakit org akan tanya kabar seminggu dua jek... lps tu semua mati...
Ok, jumpa lagi. tata
Comments
Post a Comment