Posts

Showing posts from July, 2024

Kyoto Part 3 : Hari Pertama Di Sini

Image
01.07.2024: Isnin Assalamulaikum dan salam pemirsa tema-teman.. Melangkah keluar dari kapal terbang suasana terus berbeza. Alhamdulillah semua berjalan lancar... Keluar airport kami telah ditunggu oleh rakan-rakan dari sana... . Wow... Memerhati sekeliling, suasana, cara kerja, kebersihan, kemasan... sempurna bagi saya...  Menaiki bas dari airport ke kyoto, sejam lebih gak.. Hajat nak sambung tdo tapi memandangkan peluang bukan selalu datang maka diputuskan utk tidak tdo... hahaha...  Sepanjang perjalanan saya dapati kebanyakkan tanah tidak dibiarkan semak samun... Semua diusahakan, siap tanam padi lagi... bandar dia pun teratur... Agak beza dari segi rekabentuk bangunan. Sesiapa yang taksub dengan rekabentuk yang ideal kononnya akan memberi keselesaan, kesan emosi dan meningkatkan keselamatan, satu jek nak cakap... &*^&((^**&^^&*(%$%^#... Sebelum ni nak cakap lebih2 x berani sebab tak tengok sendiri... Apabila keadaan menghimpit maka segala kreativiti akan dikeluarkan.

Kyoto Part 2 : Mula-mula ceritannya macam ni....

Image
Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman. Konnichiwa... Sambung lagi,... Selepas menjadi sebahgian peserta, akhirnya kami berpeluang dibawa ke Kyoto bagi sessi perkongsian ilmu dan pengalaman. Yang pasti semua ditanggung... Alhamdulillah...  30.06.2024 (Ahad) Sebelum gerak pagi tu kerja mcm biasa siap ada 2 meeting kat opis. Flight ke Kansai Airport jam 1.25 pagi (1.7.2024) so memandangkan hari ahad dikhuatiri jalan jem, kami gerak ke Changi Airport lebih kurang jam 5.30pm. Lama betul la tak masuk Singapore. Berbelas tahun dah rasanya. Kenapa tak masuk? Ada cerita dan tu kita kongsi masa lain.  Banyak sgt perubahan sejak mula masuk ke Singapore ni, terutamanya kat Changi tu... Ada air terjun buatan... kagum juga la tapi x la sampai rasa nak mandi bawah tu... Airport ni cantik, kemas, tersusun dan moden... Makan malam kat situ gak. Apa yang dpt dikongsikan, harga makan kat situ lebih murah jika dibandingkan kat tempat kita. kalau diterangkan ia akan jadi perdepatan umum. Lagi satu

Kyoto part 1: Melancong / Melancong Sambil Belajar / Belajar Sambil Melancong

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi dalam posting kali ini. Posting yang fokus kepada pengalaman terutamanya berkaitan dengan training yang telah diadakan di negara matahari terbit. Tulis disini untuk kenangan peribadi... Alhamdulillah kerana terpilih sebagai salah seorang peserta JICA Partnership Program ‘A Low Carbon Society Community Hub For Capacity-Buiding And Networking As A Model For ASEAN Countries. Siapa memilih, siapa luluskan, kenapa dipilih saya tiada jawapan. Apa pun syukur alhamdulillah dan terima kasih yg pilih tu ya... Seramai 16 orang terpilih mengikuti training ini termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Tibe tambah kenalan lagi... Alhamdulillah... Sepanjang pengalaman selama 11 hari iaitu dari 30.06.2024 hingga 11.07.2024 di Kyoto ini sangat bermakna dan menarik. Perbezaan ketara antara melancong, melancong sambil belajar dan belajar sambil melancong. Kita biasa melancong. Berjalan tengok tempat cantik dan viral, ambil gambar da