Déjà vu
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Selepas siap lipat kain baju dan basuh pinggan, merasakan satu suasana dan keadaan yang dirasai pernah ada dalam keadaan itu sebelum ini... tapi bila diamati, memang la sentiasa ada dalam keadaan itu sebab memang kerja harian... lipat kain baju, basuh pinggan dll. hahaha... Dari keadaan ini terus tercetus idea untuk menulis. Perkataan Déjà vu merupakan perkataan yang berasal dari Perancis iaitu 'sudah lihat'. Deja yang artinya sudah dan vu artinya melihat atau terlihat. Diperkenalkan oleh Emile Boirac seorang psikologi warga Perancis yang mempelajari fenimena ini sekitar tahun 1876. Fenomena Déjà vu merupakan satu perasaan atau keadaan atau keberadaan kita disesuatu tempat tetapi kita tidak pasti bila / bagaimana / dengan siapa kita berada dalam keadaan tersebut. Perasaan yang tiada jawapan... nak kata khayalan atau mimpi pun boleh juga.... Rasa macam pernah sampai tempat ini tapi bila ya... Pemandangan ni sama macam te