Posts

Showing posts from September, 2023

Tak Seindah Wajah

Image
Kusangka aur di pinggir tebing Kiranya tebu di pinggir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani Suci seindah wajah terbayang Kukira puji seikhlas budi Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan Di manis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda

Bagaimana untuk menjadi pekerja terbaik?

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi kita setelah agak sunyi kejap... Semalam ada yang PM saya bertanyakan "Bagaimana untuk menjadi pekerja yang baik dan berfikiran positif?" Macamana nak jawab?... Persoalan bagi saya yang amat baik dan membuka sedikit ruang minda untuk menjawab soalan yang mudah ini. sebelum menjawab saya terangkan sedikit info sebagai disclaimer... hehehe Pertamanya; saya tak kenal siapa yang bertanya tetapi dia bekerja disektor swasta. Kedua; saya bukan motivator atau berkepakaran dalam bidang analisis sains sosial. Lebih kepada perkongsian pengalaman hidup sahaja. Bagi saya pada tahun 2023 ini, bukan soalan bagaimana ingin menjadi pekerja yang baik dan berfikiran positif, tiada lagi bagaimana ... tetapi zaman sekarang kita seharusnya / adalah / mesti pekerja yang baik dan berfikiran positif. Kita tiada pilihan. Terlalu ramai yang mendambakan pekerjaan yang korang dapat tu. Jangan fikir kita hebat bila diterima bekerja. Mungkin nu