LOT LIDI : BERBALOI ATAU RISIKO
Assalamualaikum dan salam permisa. Berjumpa lagi pada topik kali ini. Perkongsian berkaitan hartanah dilihat topik yang menarik. Pengalaman peribadi yang sedikit ini diharap dapat membantu tuan puan membuat pertimbangan dalam memiliki hartanah terutamanya tapak rumah yang secara teknikalnya dinamakan lot lidi. Terpanggil untuk berkongsi kisah lot lidi apabila saban hari saya melihat syarikat / individu mempromosi harga tanah lot kediaman dengan harga mampu milik. Sekilas pandang sangat berbaloi, apabila saya sendiri call syarikat / individu ternyata apa yang ditawarkan adalah lot lidi. So lot lidi ni risiko atau untung? Tanpa prejudis, perkongsian ini perlu dilihat dari sudut ilmiah yang sememangnya telah banyak kali dibincangkan di pelbagai platfom. Jom kita buat kajian sikit apa yang dinamakan lot lidi tu. Terdapat 2 takrifan berkaitan lot lidi. Disini saya merujuk kepada definisi 2 jabatan iaitu Plan Malaysia dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG). Men