Posts

Engkau: Guna, Berguna, Mengguna, Diperguna, Tak Guna?

Image
Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman.  Dalam helaian kehidupan, kita meniti jalan yang tidak selalu terang. Ada waktu kita merasa berguna, ada waktu kita sekadar diperguna ada ketika kita mengguna. Dan ada masa di sudut hati yang paling sunyi, terbit persoalan—adakah aku ini tak guna? Lonely Tree, Pulau Mawar Mersing Setiap hari, tugas menanti. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Kita bekerja, kita memberi, kita berusaha mencipta sesuatu yang bermakna. Tapi di hujungnya, tiada yang luar biasa. Apa yang kita miliki sama seperti orang lain. Tiada lebih, tiada kurang. Tidak menonjol, tidak terpandang. Mungkin pengalaman dan buah fikiran yang membezakan. Lalu kita lihat sekeliling—ada yang hidupnya bersinar, berlimpah dengan kelebihan. Dihormati, dipuja, dihargai. Mereka tidak perlu mengorbankan diri sebanyak kita, tetapi dunia tetap memberi kepada mereka dengan tangan terbuka. Sedangkan kita? Menjadi sokongan, menjadi pelengkap, menjadi yang di belakang tabir. Bekerja tanpa...

Pengembara Aksara dan Visual: Kisah Blogger dan Vlogger

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Bahasa Jiwa Bangsa.  Dalam dunia digital yang serba canggih ini, kita seringkali terperangkap dalam lautan informasi yang tiada bertepi. Di tengah-tengah gelombang teknologi yang mendominasi kehidupan kita, terdapat individu-individu yang mengambil langkah berani untuk menjadi pelayar dan penunjuk arah, menyampaikan ilmu dan inspirasi melalui medium maya. Mereka adalah blogger dan vlogger, pencerita zaman moden yang mengukir kata-kata dan gambar-gambar yang penuh makna Dalam lautan maya yang tiada bertepi, terdapat individu yang berdiri sebagai pelayar gagah, dikenali sebagai blogger. Dia adalah penulis moden yang menjadikan kata-kata sebagai senjata untuk menakluk hati dan fikiran. Di setiap langkah, dia merakamkan cerita kehidupannya, idea-idea yang mencetuskan pemikiran, dan aspirasi yang menggunung tinggi. Seperti pelukis yang mencipta dunia baru di atas kanvas putih, blogger melakar dunia dalam bentuk aksara, penuh warna dan makna...

Mersing: Route to Insto. Part 1

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Permulaan langkah yang panjang bagi Mersing dan INSTO.. Insto? Apa benda tu... Sebelum cerita panjang, catatan ini merupakan rekod perjalanan bagi mencapai / menjadikan Mersing salah 1 daripada destinasi di dunia yang serius dalam meneraju pelancongan mampan. Sebelum bercerita berkaitan Mersing dan INSTO. Mari kita study apa sebenarnya INSTO ni dan kenapa Mersing dipilih.... ceritanya mcm ni.... INSTO dan Mersing ini boleh dilihat dari 2 sudut... beban atau kebanggaan... Tapi bagi kami ianya satu kebanggaan... Beban? Memang ada tapi kena ada perancangan yang teliti... Orang tuan ada bgtau, berat sama dipikul ringan sama dijinjing... Kaedah, planning dan beban kita kongsi masa lain... Apa itu INSTO? INSTO ringkasan daripada  International Network of Sustainable Tourism Observatories. Ianya merupakan satu program daripada UN Tourism (dahulunya dikenali - UNWTO) untuk mengukur dan memantau tahap kemapanan suatu kawasan melalui an...

Pusing dan pening

Image
Kata orang lama Hidup bagai roda, kadang di atas kadang dibawah Tak ramai pernah merasa bila roda bergolek sampai bawah Rasa berat, hina, runsing, pening Bermacam rasa dan perasa Disaat ini hanya sahabat yang ada Bukan kawan dan kawanan Roda yang berpusing  Bila diatas semua memerhati Meminta perhatian Diberi perhatian Ada yang mendongak langit Tanpa sedar Hanyut atas putaran atas roda Dulu marhaen dan murba Kini lupa semua itu Lumrah roda berpusing Salahkan siapa? Itu kisah roda yang terus dan sentiasa bergolek. Bila ditanya adakah engkau pening berpusing? Jawapan aku, tidak...

Bercakap dari hati...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman... Sementara tunggu mesin basuh baju ni berhenti. terfikir pulak berkongsi pengalaman melihat orang bercakap dari hati. Sebelum ni kita biasa mendengar pelakon menghayati watak, penyanyi menghayati lagu tapi kita jarang melihat penceramah menghayati tutur katanya. Saya suka belajar dari mendengar pengalaman orang lain. Pengalaman yang sememangnya tiada dalam mana-mana buku rujukan.  Saya bukan orang psikologi tapi saya dapat membezakan antara penceramah yang bercakap tulus dari hati dan penceramah yang berkongsi hanya melalui pengalaman, ilmu dan idea. ada bezanya... dua-dua ni bagus... xde pertikaian dari sudut tersebut... cumanya kita nak fokuskan kepada penceramah yang bercakap dari hati... macam mana bezanya? Kalau saya, saya boleh dilihat dari slide presentationnya, juga dari gaya, tubuh, cara berdiri, lenggok bahasa dll... Itu saya la... org lain xtau tgh macam mana... Orang yang bercakap dari hati, Kita dapat rasakan seseorang ...

Engkau ke tu.....

Image
 Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman... berjumpa lagi pada share kali ini. Kali ini ringkas dan pendek. Cerita pasal kita dan kerjaya. Bukan motivasi tapi nak melihat adakah kerjaya kita membentuk personaliti sendiri..  Daripada pengalaman hidup ini, memang kerjaya membentuk personaliti... Tidak ramai yang mengekalkan personaliti asal, kebanyakkannya berubah 360 darjah celcius... Kalau dia kerja mcm ni dia berubah jadi mcm tu... kalau kerja mcm tu dia berubah mcm ni... Dulu aku engkau tapi sekarang YOU n I... Dulu boleh makan tepi jalan tapi sekarang kena makan kedai beraircond... Kelakar sebab aku ni kawan lama ko, yang kenal ko mcm ne dulu... Tak kesah pun tapi itu la tu... Korg mcm ne? yang lebih baik ok jek... Kesimpulannya kerjaya akan membentuk personaliti. Titik Bye

Kyoto Part 3 : Hari Pertama Di Sini

Image
01.07.2024: Isnin Assalamulaikum dan salam pemirsa tema-teman.. Melangkah keluar dari kapal terbang suasana terus berbeza. Alhamdulillah semua berjalan lancar... Keluar airport kami telah ditunggu oleh rakan-rakan dari sana... . Wow... Memerhati sekeliling, suasana, cara kerja, kebersihan, kemasan... sempurna bagi saya...  Menaiki bas dari airport ke kyoto, sejam lebih gak.. Hajat nak sambung tdo tapi memandangkan peluang bukan selalu datang maka diputuskan utk tidak tdo... hahaha...  Sepanjang perjalanan saya dapati kebanyakkan tanah tidak dibiarkan semak samun... Semua diusahakan, siap tanam padi lagi... bandar dia pun teratur... Agak beza dari segi rekabentuk bangunan. Sesiapa yang taksub dengan rekabentuk yang ideal kononnya akan memberi keselesaan, kesan emosi dan meningkatkan keselamatan, satu jek nak cakap... &*^&((^**&^^&*(%$%^#... Sebelum ni nak cakap lebih2 x berani sebab tak tengok sendiri... Apabila keadaan menghimpit maka segala kreativiti akan dik...