Posts

Tak Seindah Wajah

Image
Kusangka aur di pinggir tebing Kiranya tebu di pinggir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani Suci seindah wajah terbayang Kukira puji seikhlas budi Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan Di manis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda

Bagaimana untuk menjadi pekerja terbaik?

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi kita setelah agak sunyi kejap... Semalam ada yang PM saya bertanyakan "Bagaimana untuk menjadi pekerja yang baik dan berfikiran positif?" Macamana nak jawab?... Persoalan bagi saya yang amat baik dan membuka sedikit ruang minda untuk menjawab soalan yang mudah ini. sebelum menjawab saya terangkan sedikit info sebagai disclaimer... hehehe Pertamanya; saya tak kenal siapa yang bertanya tetapi dia bekerja disektor swasta. Kedua; saya bukan motivator atau berkepakaran dalam bidang analisis sains sosial. Lebih kepada perkongsian pengalaman hidup sahaja. Bagi saya pada tahun 2023 ini, bukan soalan bagaimana ingin menjadi pekerja yang baik dan berfikiran positif, tiada lagi bagaimana ... tetapi zaman sekarang kita seharusnya / adalah / mesti pekerja yang baik dan berfikiran positif. Kita tiada pilihan. Terlalu ramai yang mendambakan pekerjaan yang korang dapat tu. Jangan fikir kita hebat bila diterima bekerja. Mungkin nu...

Dari perkataan "CUKUP"

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. gunakan sedikit waktu untuk berkongsi pengalaman. Semasa bertugas di waktu malam ada seorang kawan duduk teman sebagai menghilang ngantuk bertanya soalan yang tidak pernah dijangka. Soalan yang mudah tapi sedikit tersentak dan insaf. "Beb, ko rasa hidup ko dah cukup ke belum?"..... cukup dalam ertikata duniawi... Agak lama untuk menjawab... Akhirnya jawapannya adalah dah cukup... dah ada rumah sendiri, ada kerjaya, ada kenderaan dll... Setakat ini Alhamdulillah semua dah ada... Kenapa dia tanya cukup? sebab bagi saya ada perbezaan kaya dan cukup... Bukan nak bagitau apa yang saya ada apa lagi bermegah dgn harta dunia tapi adakah kita semua ini nak kaya atau nak cukup... bagi saya cukup sudah terbaik sebab orang mcm saya tidak mungkin menjadi kaya... Sedar diri sendiri dimana... Tidak membandingkan dengan orang lain bagi saya dalam usia begini, saya sudah cukup....  Persoalan ini telah menyambung sel-sel otak ini untuk terus bersa...

UPSR dan lain-lain penilaian... Asal Lurus Hujung-hujung Bengkok

Image
A ssalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Hari ini berkesempatan melawat sekolah rendah di kawasan tempat tinggal dan telah terfikir satu perkara... UPSR.. Kenapa UPSR? saya bukan guru yang mahir membincangkan UPSR ini tetapi cerita UPSR ini ada kaitan secara langsung dengan kerja hakiki semasa...  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperkenalkan sejak 1988 bagi menilai murid sekolah rendah telah disesatkan oleh segelintir Matlamat asal adalah ujian tersebut adalah menilai prestasi 3M (membaca, menulis dan mengira). Ini bertujuan apabila murid ini memasuki alam sekolah memengah guru boleh menilai tahap 3M ini dan memudahkan perancangan untuk murid-murid ini. Diperingkat awal pelaksanaan nampak berjalan dengan baik. Sehingga saya menduduki ujian ini pada tahun 1991 ianya berjalan dengan lancar.. lama kelamaan UPSR dan jadi macam semacam. Bila ianya berubah? Tidak dapat dipastikan tetapi mengikut firasat saya, ianya berubah apabila pegawai dan guru yang mewujudkan UPSR ...

Saya Dalam Pelbagai Alam

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Kita santai-santai sahaja kali ini. Berkongsi pengalaman kehidupan saya dalam dunia pekerjaan. Bukan niat saya yang terbaik kepada semua tapi saya yakin saya yang terbaik untuk keluarga sendiri. Keputusan mengatur kehidupan adalah dari diri sendiri. Walau bagaimanapun, kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Mula bekerja sekitar tahun 2000 di sektor swasta. Dari situ saya melihat diri sendiri. Belajar cara displin bekerja dan dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Dari situ juga telah membentuk displin kerja sehingga kini. Dari situ juga telah melatih saya menjadi seorang yang hobinya bekerja. 2007 mula menceburkan diri di sektor awam. Dengan permulaan menjadi lelaki simpanan bagi jawatan di peringkat Negeri tetapi ketentuan rezeki telah dilantik ke sektor awam peringkat persekutuan. 2019 bermulalah kehidupan baru di peringkat kerajaan tempatan. Disamping melaksanakan tugasan hakiki saya juga telah menceburkan diri dalam d...

Politik dari sudut pandang Saya

Image
Assalamualikum dan salam pemirsa teman-teman. Buat kesiankalinya, saya cuba konsisten dalam penulis disini. Dalam keadaan sedar, diakui penulisan blog semakin berkurangan dek blogger yang tekun dgn penulisan tidak dapat menandingi  media sosial lain... Bagi orang macam saya, penulisan tetap diteruskan sebab ianya telah menjadi sebahagian perkara yang disukai.  Ka li ini saya cuba memberi pandangan secara umum tanpa membuat perbandingan dengan sejarah dan contoh politik dunia... r evolusi Perancis (1789-1799), parti demokrat vs republikan, kerajaan junta, keadaan Korea Utara dll... Demokrasi di negara kita unik dan sukar dibandingkan dengan negara lain... Tetapi perjalanan dan tugasan politik adalah sama... 2022 dan 2023 tahun yang sibuk dengan pilihanraya... PRU dan PRN Tahun 2022 sahaja saya terlibat secara langsung dengan persiapan perjalanan pilihanraya... Apa yang saya boleh katakan disini adalah proses pilihanraya di negara kita adalah telus... bila terdengar ada tambahan...

Mersing Kita. Part 1

Image
Assalamulaikum dan salam pemirsa teman-teman... Berjumpa semula pada perkongsian hari ini... Perkongsian kali ini dianggap antara perkongsian yang memerlukan beberapa kajian, bacaan dan carian khusus supaya perkongsian ini sesuai dgn masa sekarang iaitu tahun 2023... Agak lama nak siapkan Part 1 ni.... Part 1 pun amik masa lebih sebln nak siapkan... x tau la Part 2 bila boleh siap... Tapi komitmen saya adalah untuk menyiapkan perkongsian ini hingga part akhir... Mersing... Mungkin ramai dah sampai ke Daerah ini. Daerah pelancongan yang menjanjikan pengalaman yang mempesona kepada yang hadir. Yang menarik silalah kongsi kepada semua... mana yang kurang elok silalah maklumkan kepada kami supaya kami boleh baiki. Sesekali menulis bahasa ilmiah dirasakan perbezaan... hahaha... Kali ini saya ini berkongsi perihal Mersing. Penulisan yang dirasakan memerlukan beberapa siri perkongsian. Akan cuba mengupas dan berkongsi secara terperinci berkaitan Mersing. Tak kenal maka tak cinta... Jom mula...