Part 1: Tour Semenanjung 2.0
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Posting pertama tahun 2026. Kita mulakan dengan cerita yang dekat di hati, perjalanan bersama keluarga. Kali ni kami buat Tour Semenanjung 2.0 . Bunyi macam gempak kan? Padahal… tak adalah hebat mana pun... hahahaha... Sekadar isi masa cuti sekolah anak-anak, dan paling penting, rehatkan otak dan badan selepas setahun bekerja tanpa henti. Ada yang minta buat versi video. Boleh je… tapi menulis lebih dekat dengan jiwa saya. Video kena fokus, kena edit, kena luang masa. Menulis ni… biar jujur, biar mengalir. Insya-Allah video akan menyusul juga, kalau sempat 😅... Apa yang saya kongsikan ni cuma pengalaman dan sedikit tips , s ekadar panduan untuk yang mungkin nak buat benda sama. Tak perlu debat “patut buat itu, patut buat ini”. Maaf awal-awal… cerita ini adalah yg kami rasa dan lalui.... Asal cerita nak hantar yg ni jek Tips 1: Jangan ranca...